APA ITU KAEDAH HIDROPONIK? |
ialah satu kaedah menanam tumbuhan (sayuran,bunga dll.) yang tidak memerlukan tanah.
Hidroponik
berasal daripada perkataan GREEK bermaksud air yang bekerja.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke 16 Masihi.
Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden of Babylon) dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman.
Pada tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini ssecara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.
Dalam kaedah hidroponik ini,
keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan.
Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah.
Hidroponik
sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang tersedia.
Hidroponik
merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang dianggap baru di Malaysia. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi menampung keperluan harian serta menjimatkan perbelanjaan dapur.
Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan ialah kaedah Hidroponik.
Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil kecilan. Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa tempat setakat ini.
Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga. Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.
Perkara asas yang diperlukan untuk kaedah hidroponik merangkumi :
1. Takung Hidroponik
2. Penutup Takung (Polystyreen)
3. Cawan penyukat baja
4. Bakul media
5. Media (benang dsb)
6. Benih
7. Baja
8. Air
Semua ini dijelaskan dengan terperinci di
laman petua hidroponik
APAKAH KEBAIKAN KAEDAH HIDROPONIK? |
|
- Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan. Ia tidak memerlukan tanah walau sedikit pun. Penanaman tumbuhan seperti sayuran serta bungaan boleh dilakukan di kawasan yang tanahnya tidak sesuai untuk tanaman atau kawasan yang tidak mempunyai tanah langsung( contoh: rumah pangsa / pangsapuri)
- Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.
- Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang ramai walaupun di komersilkan.
- Nutrien dapat dikitar semula - menjimatkan penggunaan baja.
- Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.
- Tiada masalah rumput di atas batas tanaman.
- Penggunaan air dapat dijimatkan.
- Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.
- Serangga / makhluk perosak / penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa menggunakan racun yang berbahaya.
- Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan makanan .
- Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.
- Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.
- Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan tanaman dalam setahun.
- Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan keuntungan yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.
- Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat utama untuk menjalankan kaedah ini.
- Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman melalui kaedah ini.
- Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli keluarga mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk mendapatkan hasil terbaik.
- Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.
- Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya. Alam sekitar lebih bersih dan harmoni.
- Kaedah ini MESRA ALAM.
apa tunggu lagi, marilah sama sama kita mulakan kaedah ini.
Kalau dah bersedia dan ingin mencuba mari kita ke
- Era Hijau (2/98).Hidroponik - Ringkas,Mudah dan Murah.Prof.Madya Dr. Mohd Razi Ismail
- Agromedia(3/1998).Tanaman Sayur Sistem Hidroponik. Dr.Mahamud Shahid
- Kazz Hidroponik Domestik
Tidak ada komentar:
Posting Komentar